Monday, August 29, 2011

Selamat hari raya kepada pengunjung Tips PTD

Selamat Menyambut Hari Raya kepada pengunjung tips ptd sekalian.

Diharapkan perkongsian ilmu dan tips berguna memberi manfaat kepada anda sekalian.


Peperiksaan bertulis PTD September 2011

Peperiksaan Bertulis PTD pada September 2011 pastinya menjadi topik hangat bagi mereka yang ingin meneruskan kerjaya mereka dalam bidang kerjaya PTD. Bagi mereka yang berminat dan telahpun mendapat surat tawaran, peperiksaan bertulis khas PTD akan diadakan pada 10 September 2011.

Bagi calon-calon peperiksaan bertulis ini, pastinya mereka ketika ini bekerja keras mempersiapkan diri mereka dengan memahami sepenuhnya konsep dan format bagaimana biasanya peperiksaan PTD dijalankan. Tips- tips dan panduan berguna boleh dikongsikan dan dipelajari dari mereka yang pernah menduduki peperiksaan ini.

Calon-calon peperiksaan PTD juga boleh mendapatkan pelbagai sumber rujukan dari forum-forum di internet. Belajar di forum-forum ataupun berkongsi bersama kawan-kawan terdekat di laman sosial adlah merupakan antara mekanisma berkesan mengetahui rahsia calon-calon peperiksaan bertulis PTD ini.

Tips-tips juga boleh didapati untuk mempelajari secara terperinci format peperiksaan tersebut. Diharapkan anda semua berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bartulis nanti.